Insentif motor elektrik RM2,400 - ini apa yang kami sudah tahu

oleh HEZERI SAMSURI|
Skim insentif motosikal elektrik sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Bajet 2024 bulan lalu.

Selain dari menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik atau EV, insentif itu juga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) di mana negara berhasrat untuk meningkatkan jumlah kenderaan elektrik dua roda sebanyak 80 peratus menjelang 2050.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Agensi kerajaan seperti MITI dan MARii nampaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk agenda Gerakan Elektrik 2 Roda itu.

Ini ialah apa yang anda perlu tahu berkaitan insentif itu dan ada informasi tambahan yang Careta berjaya dapatkan dari sumber-sumber industri.


1. Motosikal elektrik yang dimaksudkan ialah semua motosikal yang menggunakan tenaga elektrik dari bateri (terpasang atau yang boleh alih) dan ia perlu didaftarkan untuk penggunaan jalanraya. Ini bermakna kenderaan elektrik mikro-mobiliti seperti skuter elektrik boleh lipat, basikal elektrik dan sebagainya tidak termasuk di dalam insentif ini.

2. Motosikal elektrik yang layak perlu mempunyai jarak gerak minima 100 km. Tidak pasti samada jarak gerak ini menurut kiraan NEDC (New European Driving Cycle) atau WLTP (Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure) atau MDC (Malaysian Driving Cycle). 

3. Rebat sebanyak RM2,400 hanya layak untuk mereka dengan pendapatan RM10,000 sebulan atau RM120,000 setahun ke bawah.

4. Anda tidak akan menerima potongan RM2,400 sepenuhnya dari harga motosikal elektrik tersebut. Careta difahamkan bahawa fi sebanyak RM200 akan dikenakan untuk tujuan pengurusan oleh agensi berkaitan.

5. Pembeli perlu memohon dahulu sebelum layak menerima insentif tersebut. Cara memohon ialah mereka perlu menempah motosikal tersebut dari wakil penjual yang sah dan jika lulus, rebat itu hanya khusus untuk motosikal yang ditempah. Anda tidak boleh menukar model motosikal selepas permohonan diluluskan.

6. Ini ialah fasa pertama dalam insentif motosikal elektrik negara. Oleh itu, rebat RM2,400 ini hanya terbatas kepada 8,250 unit sahaja.

Ini ialah satu usaha yang baik dari kerajaan dalam meningkatkan lagi minat pengguna untuk beralih kepada kenderaan EV. 

Walaupun buat masa sekarang, harga motosikal elektrik masih tinggi dan jarak gerak serta prestasinya jauh berkurangan berbanding dengan motosikal dengan enjin biasa, peningkatan jualan genre itu dalam pasaran domestik diharap akan menarik minat lebih ramai lagi syarikat dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan dan pembangunan bagi motosikal elektrik yang lebih praktikal dengan harga mampu milik.

Layan video-video tunggang uji motosikal elektrik dari Careta di bawah:

BMW CE 04 - skuter elektrik terbaharu BMW

Blueshark R1 - skuter elektrik super canggih

Super Soco - motosikal elektrik ranggi

Skuter elektrik tempatan Eclimo

Y-Suku elektrik dari U-Mori

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Global
Volvo FM Low Entry ini merupakan model trak pertama Volvo yang dibangun dengan sistem pacuan…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…