Wan Rosy juga berkata kerajaan Pahang sudah mencadangkan dua lokasi di Pahang untuk membina pusat Rehat dan Rawat (R&R) di laluan LTU tersebut.
Menteri Besar itu berkongsi dengan media bahawa kerajaan negeri bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan sedang dalam proses perancangan untuk pembinaan itu.
"Ia akan mengambil masa sedikit kerana ia memerlukan kebenaran dari pelbagai pihak dan projek terbabit perlu menurut piawaian-piawaian yang wajib," ujarnya.
Namun begitu Wan Rosdy menambah tidak ada keputusan lagi siapa yang patut menguruskan R&R tersebut dan ia bergantung di atas keputusan LLM.
Wan Rosy juga berkata tidak ada perancangan untuk mengenakan bayaran tol bagi penggunaan LTU.
Berkaitan isu pembuangan sampah, Wan Rosy berkongsi bahawa buat masa sekarang, lokasi-lokasi yang dilihat menjadi tempat lazim pembuangan sampah telah dilengkapkan dengan tong-tong sampah.
Laporan lengkap di The Star.