Isu pam bahan api bermasalah pada Xpander, Mitsubishi Indonesia masih menyiasat

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kempen panggil semula yang dilakukan oleh Mitsubishi Filipina pada 6 Disember lalu akibat permasalahan pam bahan api, Mitsubisi Indonesia dalam satu kenyataan mengesahkan akan melakukan penyiasatan dalaman berkenaan isu tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsubishi Motors Philippines Corporation menyatakan kempen panggil semula model MPV Xpander adalah disebabkan pam bahan api yang dikatakan bermasalah, dan isu yang sama telah dialami oleh Mitsubishi Vietnam Oktober lalu. 

Sebagai makluman, Xpander yang dijual di Filipina dan Vietnam merupakan unit yang diprodusikan di kilang Mitsubishi Cikarang, Jawa Barat. 

Menurut jurucakap Mitsubishi Indonesia, Michimasa Kono berkata, pihaknya juga sedang menunggu kata putus daripada Mitsubishi Jepun berkaitan isu yang dibangkitkan. 

"Kami perlu memeriksa dengan lebih teliti kerana walaupun unit pam bahan api yang digunakan adalah sama dengan model yang dihasilkan di Indonesia, tidak semua produk memiliki ketahanan yang sama," ujarnya lagi. 

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…