Isu pemandu mabuk - Malaysia perlu tiru Thailand, beri pampasan kepada keluarga mangsa

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada satu laporan daripada Sinar Harian memetik kata-kata Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir menggesa kerajaan supaya meminda undang-undang sedia ada untuk kesalahan memandu dalam keadaan memabukkan (DUI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Erwan mencadangkan hukuman yang perlu dikenakan terhadap pemandu mabuk adalah meningkatkan tempoh hukuman penjara kepada 20 tahun dan menggantung lesen memandu seumur hidup.

“Hukuman penjara mengikut undang-undang sedia ada tidak mencukupi. Hukuman berat iaitu 20 tahun penjara dan lesen memandu digantung seumur hidup perlu terus dikenakan walaupun ia kesalahan pertama.

“Hukuman berat ini adalah satu bentuk pengajaran buat pemandu dan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambah Erwan, selain memperkasakan undang-undang, kerajaan perlu membuat kempen bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol secara berterusan.

Sebelum ini, undang-undang memperuntukkan individu memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
 


Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987, membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Selain meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda, Dekan Kolej Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Ahmad Martadha Mohamed mencadangkan Malaysia meniru hukuman seperti Thailand.

Menurutnya, setiap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa kerana mereka hilang punca pendapatan.

“Pada saya, penjara mestilah dari dua tahun ke empat tahun, denda pula minimum RM10,000. Selain itu, saya mencadangkan kita buat seperti di Thailand.

“Pampasan perlu diberikan kepada keluarga mangsa untuk bantu mereka.

“Selain pendidikan, hukuman berbentuk pencegahan juga perlu dikenakan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Baru sebulan setengah tahun 2020, sudah enam orang terkorban

Belum pun memasuki bulan ketiga tahun 2020, sebanyak enam kematian dilaporkan bersabit kematian melibatkan pemandu mabuk.

Biarpun jumlah kematian itu dilihat kecil pada nilai angkanya, namun penyebab kematian itu bukan satu perkara yang remeh dan perlu dipandang serius.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, EUROCHAM Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan…
Berita Domestik
Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang…
Berita Domestik
Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pula menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu…