Kempen 'Power of No' pupuk kesedaran tentang bahaya pemanduan mabuk

oleh Mohamad Hanif|
Di rantau Asia Pasifik, sekurang-kurangnya 2,000 orang mati setiap hari disebabkan oleh kemalangan jalan raya, dan daripada angka tersebut 30 peratus disumbangkan oleh faktor pengambilan alkohol.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, EUROCHAM Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan kempen 'Power of No' dalam memupuk kesedaran awam digital tentang sikap bertanggungjawab dan menggalakkan fikiran untuk tidak mengamalkan pemanduan mabuk.

Inisiatif ini disasarkan kepada golongan dewasa muda yang berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Kempen 'Power of No' ini diterajui oleh pertubuhan Asia Pacific International Spirits and Wines Alliance (APISWA) di seluruh rantau, dengan sokongan daripada US-Asean Business Council (US-ABC) dan EU-Asean Business Council (EU-ABC).

Inisiatif enam minggu ini menyasarkan sepuluh juta golongan dewasa muda yang berusia sah untuk minum arak di negara seperti Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, Thailand dan Malaysia menerusi platform media sosial digital bermula 28 Mac ini.

Usaha serantau ini bertujuan untuk meningkatan kesedaran tentang bahaya pemanduan mabuk selain memupuk golongan ini ke arah membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab.

Menurut CEO EUROCHAM Malaysia, Sven Schneider berkata, "EUROCAM Malaysia menyokong penuh usaha kempen 'Power of No' di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengambilan minuman beralkohol secara bertanggungjawab, serta keputusan untuk tidak minum dan memandu.

"Mengambil kira kebimbangan pihak berkuasa tentang pemanduan di bawah pengaruh alkohol, kami berharap kempen ini dan seumpamanya mampu membantu mendidik orang ramai serta mengubah tingkah laku mereka untuk manfaat dan keselamatan semua pengguna jalan raya," jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…