Jaecoo J7 2024, nadi 1.6L turbo, AWD, bakal dilancarkan 1H 2024

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini, Malaysia bakal menerima kehadiran jenama kenderaan off-road premium baharu dari Tanah Besar China, iaitu Jaecoo.

Model pertama yang bakal dilancarkan di sini ialah Jaecoo J7, sebuah SUV off-road segmen C yang mampu memberikan saingan terus kepada model pesaing seperti Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Dua unit pertama yang dibawa masuk oleh Jaecoo Malaysia ini akan digunakan untuk tujuan penilaian prestasi dan keselamatan terlebih dahulu, sebelum ia ditawarkan secara rasmi pada tahun ini.

 

j7


Berdasarkan spesifikasi ringkas, Jaecoo J7 membawakan nadi 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 194 hp dan 290 Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Difahamkan, Jaecoo J7 bakal ditawarkan dalam versi pacuan semua roda (AWD).

Dari segi dimensi, Jaecoo J7 membawakan ukuran sepanjang 4,500 mm, lebar 1,865 mm, tinggi 1,680 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.
 

j7


Jaecoo 7 memiliki jarak kelegaan tanah setinggi 200 mm dengan keupayaan meredah air sedalam 600 mm.

Selain daripada rupa paras yang agak moden, Jaecoo J7 turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi pintar.
 

J7


Antaranya ialah cip pemprosesan 7 nm Qualcomm 8155, kokpit pintar yang terdiri daripada skrin 14.8 inci, skrin kluster digital dan skrin paparan head-up, sistem audio Sony diikuti dengan sistem pendingin hawa automatik dua zon.

Terdapat 21 fungsi ADAS yang disediakan, terima kasih kepada perkakasan yang wujud seperti kamera hadapan, dua radar gelombang milimeter (CRM), satu radar gelombang mm jarak jauh (FRM).

Selain daripada itu, terdapat juga  Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan (ARDIS), sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah kenderaan off-road.
 

j7


Buat masa ini, harga jualan dan tarikh pelancaran Jaecoo J7 masih lagi belum diumumkan, dan ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam separuh pertama tahun 2024 (1H 2024).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Keunggulan model J7 telah diuji semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik…
Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…