SUV J7, yang kini dipamerkan pada orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan dan daya ketahanan.
Ia digabungkan dengan gaya serba canggih seperti yang dilihat daripada pemegang pintu mirip kapal perang, penukar gear berilhamkan jet pejuang dan gril “air terjun” turus yang tersendiri.

J7 membawakan tahap keselamatan tinggi dengan teknologi pintar berpandangan jauh, JAECOO melengkapkan J7 dengan 21 fungsi pemanduan pintar menerusi ADAS.
Ia termasuk ciri teknologi terkini seperti head-up display (W-HUD) dengan kamera pemuka hadapan, 64 lampu ambien, pengecasan tanpa wayar 50W lengkap dengan penyejuk serta pelbagai keselesaan moden lain.

Jenama SUV ini juga mengikuti trend global yang menyaksikan kecenderungan pengguna kepada aspek keselesaan, keselamatan dan keteguhan SUV itu.
Peminat-peminat SUV dijemput untuk melihat sendiri J7 di pusat JAECOO Premiere Experience dari jam 10:00pg hingga 10:00mlm di lokasi-lokasi berikut:
● Desa Park City, K.L: 7 hingga 17 Mac 2024
● Pavilion Bukit Jalil, K.L: 19 hingga 23 Mac 2024
● One Utama, P.J: 10 hingga 14 April 2024
● Mid Valley, K.L: 25 hingga 28 April 2024
● Paradigm Mall, JB: 15 hingga 19 Mei 2024