Jaecoo J8 2024 diperlihatkan buat kali pertama di Malaysia, 2.0L turbo, DCT

oleh Mohamad Hanif|
Selepas membuat debut pertama di peringkat global pada acara Pameran Motor Antarabangsa Geneva di Doha, Qatar Oktober yang lepas, Jaecoo J8 kini dipamerkan buat kali pertama untuk pasaran Malaysia.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikategorikan dalam segmen SUV mewah saiz pertengahan, Jaecoo J8 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,815 mm, lebar 1,924 mm, tinggi 1,710 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,800 mm.
 

J8


Ia dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo menghasilkan 245 hp dan 385 Nm, yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Sistem gantungan Jaecoo J8 lebih sofistikated di mana ia didatangkan dengan sistem suspensi magnetik CDC terkini dengan respons penyesuaian adaptif yang dikira dalam tempoh milisaat.
 

J8


Casis Jaecoo J8 menggabungkan reka bentuk penyerap tenaga sangkar yang inovatif, dengan kadar penggunaan keluli berkekuatan tinggi sebanyak 85 peratus.

Ruang kabin Jaecoo J8 tampil lebih mewah dengan susun atur yang diinspirasikan daripada SUV buatan Jerman, diikuti dengan panel skrin yang menempatkan skrin kluster digital dan skrin infohibur 12.3 inci, sistem pembesar suara Sony, bumbung kaca panorama, serta tidak ketinggalan ciri keselamatan seperti 10 beg udara dan kelengkapan ADAS yang lain.
 

j


Buat masa ini, Jaecoo Malaysia masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk SUV Jaecoo J8 ini.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Keunggulan model J7 telah diuji semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik…
Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…