Jaga SOP - 487 ditahan semalam kerana engkar

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis telah menahan seramai 487 individual yang engkar dengan Standard Prosedur Operasi (SOP).

Menurut beliau lagi, 94 yang ditahan adalah mereka yang terbabit dalam aktiviti di pusat riadah, aktiviti yang masih lagi tidak dibenarkan di bawah PKP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari jumlah 487 orang, seramai 470 individu dikenakan kompaun sementara 17 lagi ditahan reman.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, tidak mengambil rekod masuk pelanggan dan pelbagai kesalahan lain.

Sebanyak 51,319 pemeriksaan dilakukan semalam oleh pasukan khas pemantau SOP.

Untuk mereka yang keluar berkonvoi dan beriadah dengan kenderaan masing-masing, jaga keselamatan ketika di jalanraya dan jaga SOP bila berhenti.

Ketua konvoi, presiden kelab dan orang kanan kumpulan perlu mengambil tindakan matang dalam memastikan ahli-ahli konvoi mematuhi SOP.

* Laporan penuh di The Star.

** Gambar utama adalah gambar hiasan sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…