Jalan Karak-Simpang Pelangai ditutup sementara pagi ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong memaklumkan Jalan Karak-Simpang Pelangai di Bentong, akan ditutup kepada semua kenderaan selama tiga jam bermula 8 pagi ini (Rabu).

JKR Bentong menerusi kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi memberi ruang kerja selamat untuk kerja mengalih lori terbalik di bahu jalan, yang difahamkan berlaku pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Penutupan melibatkan Jalan Persekutuan yang bermula dari simpang Balai Polis Karak sehingga simpang Jalan Manchis-Chemomoi, dengan tanda pandu selepas Balai Polis Telemong.

"Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dari Karak-Temerloh-Bandar Bera-Jalan Bukit Mendi-Simpang Pelangai," menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi papan tanda dan arahan disediakan serta boleh menghubungi talian 09-2223040 jika mempunyai pertanyaan.

Jalan Karak-Simpang Pelangai merupakan laluan masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dari arah Bentong, yang kini dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung pada 7 Okt ini.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…