Jalan mendap: LPT1 arah barat akan dibuka semula

oleh Penyumbang Rencana|
Laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat yang sebelum ini ditutup akibat tanah mendap akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, pembukaan lebih awal demi memastikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya untuk perjalanan yang lancar.

"Hari ini (Rabu), saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan jalan ini akan selamat diguna, dan kita cadang buka pada petang ini paling lewat pukul 6 petang.

"Ini adalah terbaik kerana kita hanya mengambil masa 10 hari daripada hari kejadian untuk menyiapkannya berbanding yang dijadualkan mengambil tempoh selama 14 hari bermula pada 13 September lalu," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun; Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Imran Gulcharan Abdullah.

Pada 10 September lalu, laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.

Dalam pada itu, beliau memberitahu KKR telah mengenal pasti 12 jalan raya Persekutuan di Pahang yang terkesan akibat Monsun Timur Laut dengan kos kerja pembaikan berjumlah RM38 juta.

"Daripada jumlah ini, tiga jalan raya sudah siap manakala selebihnya sudah mencapai 70 peratus pembinaan.

"Malah, KKR juga telah meluluskan kerja berkala turapan untuk negeri Pahang sebanyak RM180 juta dan kerja berkala bukan turapan sebanyak RM23 juta bagi 2023," jelas beliau lagi.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan…
Informasi
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengaktifan sistem ini adalah…
Informasi
   "Bermulanya tengah hari  Selasa sehingga hari raya tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan di…