Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Zolkafly berkata, laluan itu akan dibuka mulai esok setelah kerja-kerja pembersihan cerun siap sepenuhnya.
“Jalan berkenaan akan dibuka mulai esok memandangkan kerja pembersihan cerun telah siap sepenuhnya dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada justifikasi dan penilaian risiko yang dikeluarkan oleh Unit Cerun JKR dari semasa ke semasa.
“Justeru, pengguna jalan bagi laluan itu dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan melakukan perancangan awal ketika memandu di laluan tersebut,” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2022 Perak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.
Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.