Thaipusam: 23 jalan di sekitar ibu kota ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam Rabu bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pernutupan dan lencongan bermula jam 9 malam Rabu bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh), Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.

"Perarakan balik pedati akan bermula pada Jumaat ini pada jam 3 petang melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee.

Beliau menasihatkan kepada seluruh warga kota terutamanya kepada pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Trafik di talian 03-20260267.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…