Jenama Keihin, Showa, Nissin bakal lenyap 'ditelan' Hitachi Automotive System

oleh Mohamad Hanif|
Hitachi Ltd. dan Honda Motor Co dalam satu pengumuman mengesahkan gabungan empat syarikat pembekal komponen automotif di bawah satu bumbung dan meningkatkan persaingan di dalam empat arena utama iaitu CASE (Connectivity, Automation, Sharing anda Electrification).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabungan ini menyaksikan tiga jenama pembekal komponen automotif iaitu Keihin Corp, Showa Corp. dan Nissin Kogyo Co. akan disatukan di bawah Hitachi Automotive System Ltd. 

Dalam perjanjian tersebut, Hitachi Automotive System akan menyerap ketiga-tiga syarikat subsidiari Honda (Keihin, Showa dan Nissin) setelah Honda mendapatkan kesemua pegangan di dalam syarikat tersebut. 

Nama syarikat baharu itu pula belum ditetapkan lagi buat masa ini. 

Sebanyak 66.6 peratus pegangan di dalam syarikat baharu itu akan diberikan kepada Hitachi manakala selebihnya akan diuruskan oleh Honda setelah selesai prosedur pengambilalihan dalam masa satu tahun. 

Hitachi Automotive System merupakan syarikat yang pakar dalam penghasilan sistem infotainmen kenderaan, kawalan pemanduan, sistem trenkuasa elektrik serta sistem pengurusan enjin. 

Produk utama Keihin adalah pengurusan bahan api dan unit kawalan motor elektrik; Showa merupakan pakar dalam membuat stereng dan komponen penyerap hentak manakala Nissin Kogyo pula membekalkan komponen brek. 

Sumber: Mainichi

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Honda menawarkan program persaraan awal yang terbuka untuk mereka yang berusia antara 55 hingga 63…
Berita Global
Antara puncanya ialah permintaan untuk kenderaan berenjin biasa semakin menurun di Jepun kerana…