JMS 2023: Honda bawakan lima model konsep mampan

oleh Mohamad Hanif|
Acara Japan Mobility Show 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal menjadi medan pameran barisan model-model konsep berteraskan kelestarian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda dilapor bakal memperlihatkan sehingga lima buah model konsep untuk acara berprestij tersebut, diketuai oleh model Specialty Sports Concept tanpa sebarang imej iringan.

Butiran lanjut berkenaan model Specialty Sports Concept ini juga masih samar-samar, namun ia dijangka bakal membawakan trenkuasa elektrik sepenuh masa dan masih seronok untuk dipandu setiap hari.

Model lain yang bakal muncul adalah seperti berikut:

 

SUSTANIA-C Concept

sustania


Hatchback berwarna merah dengan bumbung putih ini nampak seperti Honda e yang dikecilkan.

Badan EV ini diperbuat daripada bahan resin akrilik yang boleh dikitar dan digunakan semula.

 

Pocket Concept

pocket


Motosikal elektrik saiz kecil yang lebih sesuai digunakan untuk tunggangan jarak dekat.

 

CI-MEV

ci-mev


Hatchback elektrik dengan dua tempat duduk, direka untuk mobiliti perbatuan terakhir.

Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi pemanduan autonomi, direka untuk kawasan yang tiada akses pengangkutan awam.

 

SC e: Concept

sce


Sebuah lagi motosikal elektrik dengan unit bateri berkembar mudah tukar Honda Mobile Power Pack e.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Berita Global
Mesin penghasilan gas hidrogen menggunakan biogas ladang ayam itu akan mula beroperasi pada akhir…