Johor wartakan 2 marhalah bersamaan jarak 81 km

oleh Mohamad Hanif|
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mewartakan jarak sejauh 81 km adalah kadar baharu bagi dua marhalah untuk musafir yang mahu menunaikan solat jamak dan qasar.

Menurut Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November dibawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003].

Langkah tersebut adalah selari dengan keputusan yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 bertarikh 16 hingga 17 Februari 2021.

Menerusi rujukan di laman web JAKIM, kadar dua marhalah adalah ditentukan dengan empat kaedah:

• Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta / Enakmen Negeri; atau
• Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau
• Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau
• Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium / rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran…
Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…
Informasi
Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan…