Jualan kenderaan plug-in China dalam bulan Julai melebihi jualan genre sama di seluruh dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Penjualan kenderaan elektrifikasi plug-in di China untuk bulan Julai tahun 2023 sahaja sudah melebihi jualan EV di seluruh dunia.

Menurut EV Volumes, sebanyak 658,546 unit plug-in didaftarkan di China dalam bulan tersebut, lebih kurang 31 peratus lebih tinggi dari bulan yang sama tahun lepas.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Ia juga mewakili 38 peratus jualan kenderaan di seluruh negara tersebut, peratusan EV yang melangkaui apa yang termampu dijual di US dan Eropah dalam tempoh sebulan.

Jualan tersebut merangkumi kenderaan EV bateri (BEV) sebanyak 26 peratus dan hibrid plug-in (PHEV) sebanyak 12 peratus.

 

Di bawah ialah senarai 10 kenderaan plug-in paling popular di China untuk bulan Julai 2023.

  1. BYD Song Plus (7,590 BEVs + 42,850 PHEVs): 50,440
  2. BYD Qin Plus (11,455 BEVs + 30,700 PHEVs): 42,155
  3. BYD Dolphin: 31,650
  4. BYD Seagull: 28,001
  5. Tesla Model Y: 24,351
  6. BYD Yuan Plus (aka Atto 3) BEV: 23,614
  7. BYD Han (11,634 BEVs + 11,149 PHEVs): 22,783
  8. GAC Aion S: 22,437
  9. Wuling Bingo: 19,782
  10. Wuling Hong Guang MINI EV: 15,485

BYD kekal sebagai jenama kenderaan elektrifikasi paling popular di China.

Laporan lengkap di Inside EVs.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bahagian hadapan SUV Tiguan ini dipasangkan dengan unit lampu LED matriks IQ.Light, struktur…
Berita Global
Sana sini, boleh dikatakan banyak kelibat trak pikap Ranger termasuklah Ranger Raptor V6 yang…
Berita Global
Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan…