Jurutera RapidKL komited demi keselesaan penumpang

oleh Mohamad Hanif|
Demi keselesaan penumpang, para jurutera Rapid KL bertungkus lumus sehingga 4 pagi ini bagi mencari penyelesaian kepada gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya semalam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Para jurutera telah dikerah untuk  memeriksa keseluruhan sistem semboyan antara stesen LRT Damai dan Ampang Park, yang terjejas sekali gus menjejas kelancaran keseluruhan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.
 


“Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang berbangkit daripada kegagalan sistem semboyan antara stesen LRT Damai dan Ampang Park semalam. Jurutera-jurutera kami daripada pelbagai unit sebenarnya telah bekerja tanpa henti lebih 15 jam termasuk sehingga awal pagi ini bagi memastikan sistem kembali pulih dengan lancar. 

“Sistem kami dijalankan oleh rangkaian pelbagai komponen elektronik. Kegagalan salah satu komponen semboyan ini adalah di luar jangka; seperti juga pelbagai peralatan elektronik yang kita gunakan setiap hari. 

“Sistem semboyan merupakan komponen penting kepada sistem isyarat yang mengawal pergerakan tren automatik bagi LRT Laluan Kelana Jaya. Kejadian semalam berlaku pada salah satu komponen yang terletak di antara stesen LRT Damai dan stesen LRT Ampang Park. 

“Oleh kerana sistem LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi sepenuhnya secara automatik tanpa pemandu, di atas faktor keselamatan penumpang, Pusat Kawalan Operasi (OCC) telah bertindak memperlahankan kelajuan tren.
 


OCC turut menghantar tren-tren kosong ke stesen-stesen sibuk seperti Pasar Seni, Masjid Jamek dan KLCC bagi mengurangkan kesesakan di platform.

“Pengumuman menerusi sistem siaraya stesen dan media sosial turut dilakukan secara berkala bagi memaklumkan status terkini kepada penumpang yang berada di platform dan di dalam tren. Kami komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang rapi termasuk penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance). Kami juga bertekad untuk mencari penyelesaian kekal berhubung kejadian sebegini.

“Kami di Rapid Rail Sdn Bhd berterima kasih atas kefahaman orang ramai dan kesabaran serta sokongan anda semua kepada perkhidmatan kami,” menurut Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seiring dengan pelancaran bas tersebut, satu upacara menandatangani perjanjian dengan Rapid Bus Sdn…
Berita Domestik
Semasa kejadian, Kapten Bas bertindak pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang…
Informasi
Dalam satu kenyataan, pelanjutan tersebut adalah bersempena sambutan ambang tahun baru 2024 yang…