KADAR PEMANDU TESLA KEMALANGAN LEBIH TINGGI BERBANDING PEMANDU MABUK

oleh Penyumbang Rencana 2|
MENURUT kajian penyedia insurans LendingTree, pemandu Tesla mempunyai kadar penglibatan kemalangan paling tinggi di Amerika sepanjang tempoh November 2022 hingga November 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan data kajian dari syarikat penyedia insurans itu, jenama Tesla terlibat dalam kemalangan dengan kadar 23.54 dapatan bagi setiap 1,000 pemandu dan menjadi kadar kemalangan tertinggi diikuti oleh RAM iaitu 22.76 dan Subaru, 20.90.

Walau bagaimanapun jenama Tesla tidak mendahului senarai kemalangan yang berkaitan insurans kerana majoriti pemandu Tesla memilih untuk melanggan insurans premium daripada pengeluar kereta itu.

 

tesla

 

Sehingga kini, masih tidak jelas faktor yang menyumbang kepada kadar penglibatan kemalangan yang tinggi untuk jenama Tesla.

Selain itu, pemandu Tesla mempunyai rekod yang lebih baik daripada faktor penglibatan memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Rekod terbabit hanya sebanyak 1.02 setiap 1,000 pemandu dan meletakkan kedudukan ke-20 dalam senarai carta data.

Berbeza dengan jenama RAM yang mempunyai 32.9 kadar insiden  melibatkan kemalangan, memandu melebihi had laju, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan kesalahan lain bagi setiap 1,000 pemandu.

 

ram

 

RAM menduduki tempat lima teratas dalam kesemua empat kategori insiden dan mendahului dalam insiden yang melibatkan memandu melebihi had laju iaitu dengan kadar 4.42 bagi setiap 1,000 pemandu.

Selain itu, mereka mempunyai kadar bilangan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah kedua tertinggi sebanyak 1.72 bagi setiap 1,000 pemandu.

Perkara itu tidak mengejutkan jika RAM mempunyai kadar bilangan kemalangan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22.76 dapatan bagi setiap 1,000 pemandu.

Berdasarkan data kajian dari LendingTree juga, pemandu yang sering terlibat dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah pemandu yang memandu jenama BMW.

Kadar pemandu yang terlibat adalah sebanyak 3.13 bagi setiap 1,000 pemandu dan melebihi dua kali ganda dari kadar jenama RAM yang hanya mempunyai sebanyak 1.72.

 

Penulis: Firdaus Razani

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…