Kajian: Kereta kuning mempunyai nilai jual balik lebih tinggi!

oleh Mohamad Hanif|
Pemilihan warna untuk kenderaan peribadi bukan sahaja menyerlahkan personaliti seseorang individu, malah ia juga turut mempengaruhi nilai jualan semula sesebuah kenderaan di pasaran kenderaan terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh iSeeCars, warna kuning didapati menyumbang kepada nilai jualan semula yang lebih tinggi berbanding warna-warna lain.

Jika dibandingkan dengan susut nilai purata selepas tiga tahun (37.6 peratus), kereta berwarna kuning hanya mengalami kejatuhan nilai sebanyak 20.4 peratus sahaja, diikuti dengan warna beige (22.8 peratus).

Lebih mengejutkan, anda harus mengelakkan daripada membeli kereta berwarna emas, memandangkan ia menyumbang kepada susut nilai jual semula yang sangat tinggi, iaitu 45.6 peratus.

Kajian itu juga turut melihat pecahan segmen kenderaan, di mana warna kuning menyumbang kepada nilai jual semula yang lebih baik untuk segmen SUV, Coupe dan Sedan, sementara warna yang terbaik untuk trak pikap adalah beige, diikuti biru untuk minivan dan merah untuk convertible.

Senarai penuh anda boleh baca di pautan INI.

Sumber: iSeeCars

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk kajian terbaharu, mereka mendapati warna kuning sekali lagi mendominasi sebagai warna yang…
Berita Global
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ISeeCars.com ke atas 2.1 juta kenderaa terpakai bermula…