Kakitangan positif COVID-19, PUSPAKOM Cheras tutup sementara waktu

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan, sumber Bernama
Seorang kakitangan PUSPAKOM Cheras telah disahkan positif COVID-19 dan proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

PUSPAKOM telah mengambil langkah menutup cawangan PUSPAKOM Cheras di Kuala Lumpur serta merta dan tiada operasi mulai Sabtu, 9 Januari 2021 bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Pembukaan semula PUSPAKOM Cheras akan dimaklumkan kelak. Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Cheras, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di Cheras boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan seperti berikut.

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji PUSPAKOM Cheras semasa hadir ke cawangan alternatif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…