Kanak-kanak OKU maut digilis jentera pembajak

oleh Penyumbang Rencana|
Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun maut dipercayai digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok, di Jitra pada Jumaat


Mangsa, Muhammad Aiman Rosli, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.08 malam.

 “Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, Muhammad Aiman Rosli berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan akibat digilis pembajak.

“Tindakan yang dilakukan pihak Bomba adalah dengan membuat pemantauan keselamatan di lokasi kejadian,” katanya.

Bustan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan(KKM). "Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

- Salam takziah -

 

TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di…
Berita Domestik
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian pada 10.34 malam itu melibatkan…
Berita Domestik
Beliau berkata keadaan menjadi kelam-kabut apabila mangsa yang juga seorang guru tadika, menyedari…