Kapal pengawal pantai China dikesan masuk perairan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Kapal pengawal pantai China dikesan berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak - kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh negara itu dan Malaysia, menurut laporan Malaysiakini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu dikatakan berlaku empat hari selepas 16 kapal perang China terbang di kawasan yang sama.

Kapal pengawal pantai itu memasuki perairan Malaysia pada 4 Jun, kira-kira 84 batu nautika (155km) daripada pantai Miri, lapor The Borneo Post.

“Ya, saya boleh sahkan kita menerima laporan berkaitan pengawal pantai China memasuki perairan kita pada 4 Jun.

"Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti," kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman.

Menurut portal berita Malaysiakini, mereka sudah menghubungi kedutaan China bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu dan sedang menunggu maklum balas mereka.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lalu, sebuah kapal RORO milik BYD, Explorer No. 1, telah menghantar kenderaan-kenderaan ke…
Berita Global
Pada Sabtu, Pengawal Pantai Filipina menyiarkan gambar Pengawal Pantai China menggunakan meriam air…
Berita Domestik
  Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan…