Google nampaknya mengambil langkah terkini dengan memperkenalkan kemas kini pada aplikasi pemetaaan Google Maps mereka dengan ciri yang memperlihatkan lokasi stesen pengecasan bagi EV apabila para pengguna menaip frasa seperti "EV Station" atau "electric vehicle chargers".
Hasil jawapan yang diberikan akan menunjukkan beberapa lokasi stesen pengecasan yang ditandakan dengan ikon kecil pengecas EV pada aplikasi Google Maps tersebut.
Sekiranya para pengguna mengklik salah satu ikon yang tertera, aplikasi tersebut akan memaparkan jenis pengecas yang digunakan serta bilangan slot pengecas yang wujud pada stesen pengecasan EV tersebut.
Buat masa kini, Google Maps hanya memaparkan keputusan carian untuk beberapa syarikat utama seperti:
- Tesla
- Chargepoint
- SemaConnect (US)
- EVgo (US)
- Blink (US)
- Chargemaster (UK)
- Pod Point (UK)
- Chargefox (Australia dan New Zealand)
Seperti mana lokasi popular yang terdapat di dalam Google Maps, para pengguna juga dapat memberikan markah kepuasan (rating) dan memberikan komen terhadap fasiliti pengecasan yang mereka gunakan sebagai panduan kepada para pengguna yang lain.