Kempen "For Life" Volvo Cars berikan makna baharu kepada keselamatan dunia automotif

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selama 95 tahun, Volvo merupakan antara syarikat yang sentiasa menjadi peneraju dan berusaha untuk memberikan tahap keselamatan yang lebih baik dalam kenderaan mereka.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Seiring dengan perjalanannya ke arah era baharu keselamatan, Volvo Cars kini mempunyai visi untuk mencapai kadar kecederaan dan kematian sifar.

Sebagai peneraju dalam keselamatan dunia automotif, Volvo Cars sentiasa komited untuk membawa orang ramai untuk memahami dan melihat keselamatan secara berbeza.

 

2

 

Bermula dari sini, Volvo Cars memperkenalkan lembaran baharu dalam platform jenama jangka panjang mereka iaitu kempen “For Life”.

Kempen tersebut merupakan usaha Volvo Cars yang mengutamakan keselamatan dalam fikiran, berpaksikan kepada pemikiran bahawa apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas.

Pemikiran untuk Memberi Makna Baharu kepada Keselamatan

Pemikiran merupakan perkara yang memberikan para pemandu ketenangan minda, dimana ia memerlukan semua orang untuk mempertimbangkan semula pendekatan ke arah keselamatan.

Kebiasaannya, pemanduan memerlukan seseorang untuk fokus kepada jalan raya, sambil bergantung kepada sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan.

Manusia juga selalu terlepas pandang keadaan psikologi minda ketika memandu, dimana ia disumbang oleh faktor-faktor seperti keletihan, gangguan atau ketiadaan fokus ketika memandu yang membawa kepada insiden tidak diingini di atas jalan.

 

2

 

Oleh itu kempen "For Life" Volvo Cars bertujuan untuk mengingatkan orang ramai bahawa hidup tidak terhenti semasa kita memandu.

Volvo Cars percaya bahawa fikiran, perasaan, dan emosi manusia merupakan faktor yang menentukan keadaan psikologi minda ketika memandu.

Jadi tidak kira betapa selamatnya kenderaan itu, ia hanya akan seselamat minda yang memandunya, dan hal ini merupakan titik buta yang ditemui oleh Volvo Cars.

Apabila Anda Berasa Selamat, Anda Akan Benar-benar Bebas

Untuk menzahirkan konsep itu, Volvo Cars telah memperkenalkan beberapa aset komunikasi yang mendorong orang ramai untuk melihat dengan lebih mendalam, melihat keselamatan dengan sudut yang berbeza, dan mengenal pasti fikiran, perasaan, dan emosi yang dihadapi ketika memandu.

Volvo Cars turut menampilkan video berdurasi 60 saat mengenai keselamatan, dan menampilkan koleksi kisah-kisah benar, yang memaparkan detik-detik setiap hari, bermula daripada genggaman tangan ibu bapa kepada pelukan hangat, sokongan daripada orang tersayang, dan langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum menikmati segala yang ditawarkan dalam hidup.

 

3

 

Kempen itu juga menampilkan beberapa soalan berkaitan keselamatan yang merangsang fikiran untuk membantu kita memahami bagaimana kehidupan memberi kesan terhadap pemanduan anda, dan menggalakkan pemandu untuk melihat ke dalam dan melihat keselamatan dengan cara berbeza.

Anda juga boleh menyertai tinjauan Volvo Car Malaysia untuk membantu kempen tersebut.

Peneraju Aspek Keselamatan

Kempen "For Life" merupakan permulaan baharu kepada Volvo Cars untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju keselamatan dunia automotif.

Selama 95 tahun dan tahun-tahun akan datang, Volvo Cars sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik bagi meningkatkan lagi inovasinya dalam keselamatan.

 

3 point seatbelt

 

Bermula dari pengenalan tali pinggang keselamatan tiga bahagian pada tahun 1959, hinggalah yang terkini pada tahun 2020 iaitu pengurangan tahap kelajuan pada 180 kmj.

Keselamatan merupakan bahagian penting dan merupakan fokus dalam segala yang Volvo Cars lakukan, dan inilah sebab mengapa Volvo Cars akan tetap fokus kepada keselamatan agar anda dapat memandu dengan minda yang tenang.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen "For Life", sila layari laman sesawang Volvo Cars Malaysia atau ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar kereta utama telah menyaksikan permintaan yang perlahan untuk kenderaan elektrik…
Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…