Kempen FuelSyok tawar bekalan minyak Petron percuma setahun untuk 180 pelanggan bertuah!

oleh Mohamad Hanif|
Petron dengan kerjasama para pengusaha stesennya akan memberi ganjaran kepada 180 pelanggan bertuah berupa bekalan minyak percuma selama satu tahun bersamaan 150,000 mata Petron Miles melalui peraduan ‘FuelSyok’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang akan menerima 150,000 mata ganjaran Petron Miles dalam jangka masa satu tahun sementara 1,500 pelanggan lagi akan memenangi hadiah saguhati bernilai 3,000 mata ganjaran Petron Miles. Kesemua stesen minyak yang turut serta akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemenang dari 1,680 nama yang akan dipilih.

“Kami sentiasa memikirkan cara untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pelanggan kami memandangkan kita masih berada dalam situasi pandemik. Kami berharap melalui promosi ini, kami dapat memudahkan kehidupan mereka dengan mengurangkan satu bebanan mereka,” kata Abdullah Adil bin Mohd Akhir, pengusaha stesen Petron NKVE KL-Bound.

“Ini juga merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami selama ini,” tambah Noraini bt Daud, pengusaha stesen Petron Kuchai Lama.

Pelanggan akan dapat menyertai peraduan secara automatik dengan setiap pembelian minyak terkumpul berjumlah RM50 dengan menggunakan kad Petron Miles dalam tempoh promosi iaitu 1 Mac hingga 31 Julai 2021.

Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata inisiatif ini adalah khusus untuk membantu masyarakat setempat di mana Petron adalah sebahagian besar dari komuniti tersebut. “Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan pengusaha stesen kami dalam inisiatif ini untuk membantu pelanggan dalam masa yang mencabar ini,” katanya lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari pautan www.petronmiles.com.my dan laman sosial media Petron di Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Global
Menurut Reuters, pengurangan produksi tersebut dijangka sebanyak 20 peratus pada bulan April,…
Berita Global
Ini bermakna, Toyota tidak dapat meneruskan operasi secara normal pada bulan Disember seperti yang…