Menurut laporan daripada IndianAutosBlog.com, mereka berjaya mendapatkan akses kepada dokumen yang dihantar oleh Honda kepada para pengedarnya di Thailand supaya menghentikan sementara penghantaran sedan tersebut buat sementara waktu.
Dalam dokumen tersebut, pihak Honda dikatakan mengesan masalah yang terdapat komponen window run channel tanpa menjelaskan dengan teliti impak yang bakal wujud akibat komponen bermasalah tersebut.
Secara asasnya, window run channel ini merupakan jaluran getah yang dipasang pada pintu, bertujuan sebagai pengedap tingkap kaca di bahagian tersebut.
Honda dalam masa yang sama sedang menyiasat isu ini dan akan meberitahu para pengedarnya setelah isu tersebut berjaya diselesaikan.
Apa yang jelas, Honda juga kini sedang bergelut dengan masalah kualiti produksi di peringkat global dan dibuktikan dengan isu komponen brek parkir elektronik (EPB) yang terdapat pada Honda N-WGN dan juga Honda Fit.
Sumber: IndianAutosBlog