Pesaing kepada sedan lain seperti Toyota Vios dan Mazda2 Sedan itu ditawarkan dengan enjin yang berbeza, di mana pasaran Thailand mendapat enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang menghasilkan 122 PS dan 173 Nm.
Sementara pasaran India pula mendapat enjin 1.5 liter i-VTEC (121 PS/145 Nm) dan versi diesel 1.5 liter i-DTEC yang menjana 100 PS dan 200 Nm.
Untuk pasaran Malaysia, berkemungkinan besar penawaran enjin 1.5 liter daripada City terdahulu akan dikekalkan dengan output 120 PS dan 145 Nm serta transmisi CVT.
Setakat ini, tiada sebarang informasi atau spesifikasi lanjut berkenaan Honda City 2020 yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.