Menurut kempen terbaharu yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), beberapa buah model BMW terlibat merangkumi BMW X5, BMW X7 dan model Alpina XB7 akibat tempat duduk baris kedua yang dilengkapi penyandar kepala (head restraint) yang dikhususkan untuk model berbeza.
Penggunaan model penyandar kepala yang salah tidak akan mampu melindungi penumpang di dalam sesebuah kejadian kemalangan, malah terdapat kemungkinan ia akan mudah tercabut dan mendatangkan kecederaan yang lebih parah.
Masalah ini disebabkan oleh kecuaian pembekal, Grammer Americas of Mexico yang melibatkan 258 unit kenderaan (Alpina XB7, BMW X7 xDrive40i, X7 M50i, X5 xDrive 45e, X5 sDrive40i, X5 xDrive50i dan X5 M50i).
Pemilik model yang disebutkan itu akan dihubungi sendiri oleh BMW untuk tujuan pemeriksaan lanjut, dan kempen ini akan bermula pada minggu pertama bulan Mei ini.