Tidak mustahil EV China boleh dijual di US

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik (EV) dari China mungkin boleh dijual di US sekiranya ia menepati syarat-syarat yang diperlukan.

Ini dikatakan sendiri oleh Setiausaha Perdagangan US, Gina Raimondo ketika ditemuramah oleh agensi berita CNBC Selasa lalu.

Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan berkaitan perisian dan sensor yang wujud pada kenderaan genre tersebut.

US baru-baru ini menunjukan kerisauan yang serius berkaitan kebolehan kenderaan-kenderaan EV dari China yang mungkin boleh mengumpulkan data-data geografi sensitif negara Uncle Sam itu.

Kenderaan EV sering dilengkapi dengan fungsi pandu kendiri yang menggunakan kamera, GPS dan sensor-sensor.

Raimondo berkata tidak kira jika EV itu dipasang di Mexico atau di China, rakyat US perlu dipastikan keselamatan data mereka kerana bukan setakat lokasi, tetapi mesej-mesej yang diterima melalui peranti kenderaan itu boleh "dihidu" oleh EV China.

* Laporan penuh di CNBC

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama tersebut akan beroperasi di bawah syarikat baharu yang dikenali sebagai Saidou Technology,…
Berita Global
Model pertama di bawah jenama Emta itu dijangka dikenali sebagai Emta #01, dan bakal menjadi…
Berita Global
Dalam dunia automotif moden yang semakin dipenuhi sistem digital seperti bunyi enjin tiruan,…