Subsidi bersasar: Kerajaan pertimbang model pindahan tunai bulanan

oleh Firdaus Razani|
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan pertimbangan subsidi bersasar yang sedang dibincangkan dan akan diputuskan di peringkat kerajaan ialah bantuan menjurus kepada model pindahan tunai bulanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini.

"Cadangan yang diangkat kepada kerajaan sekarang, sedang dibincangkan dan akan diputuskan ialah bantuan itu adalah dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan.

"Sebelum ini kalau ada bantuan kita bagi tiga atau empat bulan sekali, melalui e-wallet dan sebagainya.

"Melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kita mahu ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa yang panjang," katanya ketika Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.

Dalam pada itu, menurut Rafizi, kerajaan juga tidak boleh menunda tarikh pendaftaran PADU berikutan perlu mematuhi jadual piawaian yang telah ditetapkan.

Rafizi turut berkongsikan bahawa kerajaan terpaksa menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar tersebut ditangguhkan.

"Kos itu sangat tinggi dan itu pun jangkaan secara konservatif, sedangkan lebih baik sekiranya RM2 bilion itu disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan dalam Belanjawan 2024 yang lepas bahawa tahun ini kita akan melakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar.

"Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan itu ke belakang," ujarnya.

Sementara itu, ulas Rafizi, tumpuan kerajaan bukan sekadar menjaga harga barang semata-mata, sebaliknya menangani kos sara hidup menerusi usaha meningkatkan pendapatan bulanan isi keluarga.

"Untuk penjawat awam, kita tengah cuba muktamadkan kenaikan gaji, bagi swasta kita perkenalkan Dasar Gaji Progresif supaya naikkan gaji.

"Untuk keluarga yang patut dapat bantuan pula, walaupun gaji naik tetapi masih tidak mencukupi, apa kerajaan perlu buat.

"Sebab itu melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan iaitu RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan," menurutnya.

 

SUMBER : Awani, Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…
Uncategorized
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perundangan tersebut akan memberi kuasa kepada pengguna…