Keputusan Perlumbaan Vios Challenge - Aiman Tino rampas takhta dari Nabil!

oleh Mohamad Hanif|
Hari terakhir perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Gazoo Racing di MAEPS, semalam sememangnya mengundang pelbagai kejutan yang menarik untuk disajikan kepada para hadirin.

Perlumbaan di sepanjang litar 1.99 km yang sempit dan mencabar itu penuh dengan pelbagai aksi yang mendebarkan tidak kira dari kelas Super Sporting sehinggalah kepada kelas Promotional. 
 

 

Kelas Super Sporting


Perlumbaan pusingan kedua semalam dimulakan dengan aksi Vios milik pasukan Kegani Racing yang dipandu oleh William Ho telah terbalik akibat pelanggaran bersama Vios Telagamas yang dipandu oleh Freddie Ng. 

Kejadian itu turut menghentikan perlumbaan selama hampir 30 minit sebelum pihak penganjur selesai mengalihkan Vios yang terbalik tersebut dan memperbetulkan kembali penghadang yang rosak. 

William Ho walaubagaimanapun melangkah keluar daripada jenteranya dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. 

Keputusan perlumbaan kelas Super Sporting:

1. (38) Kenny Lee Wan Yuen - 25:37.072
2. (91) Brendan Paul Anthony - 25:38.300
3. (21) Boy Wong - 25:41.740
4. (55) Ser Meng Hui - 25:44.994
5. (45) Keifli Othman - 25:50.331

 

Kelas Sporting


Tumpuan diberikan kepada pemandu muda berusia 14 tahun, Hayden Haikal daripada pasukan Prodigy Racing yang beraksi cemerlang ketika perlumbaan pusingan pertama sabtu lalu. 

Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila disahkan terkeluar daripada perlumbaan apabila jenteranya melanggar jentera yang dipandu oleh Clement Yeo. 

Berikut merupakan keputusan perlumbaan kelas Sporting:

1. (13) Patrick Tam - 29:50.717
2. (98) Clement Yeo - 29:52.064
3. (22) Eric Yong Boon Pin - 29:52.308
4. (93) Dannies Ng Khai - 29:59.638
5. (86) Brendon Lim Boon Yew - 30:01.379

 

Kelas Promotional


Tidak sah perlumbaan Gazoo Racing tanpa penyertaan daripada artis-artis terkemuka tanah air yang turut sama berentap merebut gelaran juara di MAEPS semalam. 

Antara yang mencuri tumpuan ialah Aiman Tino yang berjaya meraih gelaran podium dua kali berturut-turut daripada tempat ketiga pada pusingan pertama naik menjadi juara pada perlumbaan pusingan kedua!

Walaupun Nabil menjadi antara yang terpantas pada pusingan pertama, insiden yang berlaku antara beliau dengan timbalan pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama meletakkan beliau di tangga keenam setelah dikenakan penalti masa 20 saat. 

Berikut merupakan keputusan perlumbaan kelas Promotional:

1. (77) Aiman Tino - 25:44.420
2. (46) Akim Ahmad - 25:49.344
3. (15) Diana Danielle - 25:50.835
4. (18) Janna Nick - 25:58.868
5. (8) Wany Hasrita - 26:02.209


Perlumbaan Vios Challenge pusingan ketiga akan mengambil tempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada bulan Februari 2019.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Secara keseluruhan, identiti visual Haas masih kekal dekat dengan konsep 2025: warna asas putih…
Berita Global
V8 Baharu, Asas Dari Enjin 4-Silinder Modular Menurut Uehara, enjin V8 ini berasaskan keluarga…
Sukan Bermotor
Sebagai sebahagian daripada usaha TGR untuk membina kereta yang lebih baik bermula dari dunia…