Kerajaan akan pantau supaya Geely tidak ketepikan tenaga kerja tempatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak kerajaan akan memastikan Geely tidak mengenepikan tenaga mahir Malaysia untuk operasi Proton.

Ini dinyatakan oleh Menteri Sumber Tenaga M. Kula Segaran di dalam sidang Dewan Rakyat tadi.

"Kami akan menjalankan siasatan rapi jika mereka tidak menurut undang-undang buruh negara," katanya.

Menurut laporan New Straits Time lagi, Kula Segaran menjawab pertanyaan dari Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, wakil PH dari Kapar mengenai isu tersebut.

Geely dikatakan mempunyai pegangan saham setinggi 49.9 peratus di dalam syarikat Proton tetapi Geely lebih aktif dalam bahagian operasi syarikat.

Desas-desus Geely membawa masuk ramai pengurus baharu yang tidak berpengalaman untuk "memerhatikan" pengurus-pengurus lama dalam bidang teknikal mula terbit sejak beberapa bulan lalu. 

Begitu juga perkembangan vendor tempatan yang kelihatan begitu sunyi, seolah-olah semua komponen perlu dibawa masuk dari China. 

Careta akan memerhatikan perkembangan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 62,697 unit telah terjual untuk lima bulan pertama yang sekaligus telah mengukuhkan…
Berita Domestik
"Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20…
Berita Domestik
Inisiatif baharu ini mengiktiraf pengedar Proton yang telah mencapai tahap cemerlang bagi…