Kerajaan lulus RM1.7 bilion lebarkan lorong Lebuhraya Karak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari FMT
Kerajaan luluskan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion untuk melaksanakan projek melebarkan lorong di Lebuhraya Karak, bertujuan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerja pelebaran lorong di sepanjang lebuh raya itu termasuk pembinaan satu terowong akan bermula bulan hadapan dan dijangka siap pada 2027.

Menurutnya, masalah kesesakan aliran trafik dijangka dapat dikurangkan terutama ketika musim cuti perayaan dengan projek berkenaan.

"Kira-kira dua juta kenderaan menggunakan laluan itu untuk pulang sama ada ke Kelantan dan Terengganu ketika musim cuti perayaan.

"Tender untuk kerja pelebaran lorong serta pembinaan terowong bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik di sepanjang lebuh raya itu sudah dikeluarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) kali ke-47 pada Ahad.

Hadir sama Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan dan Yang Dipertua PKMMT Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim cuti perayaan, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak digalakkan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan pada musim cuti perayaan.

"Kita tidak galakkan LLM melaksanakan projek penyelenggaraan laluan bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik sepanjang cuti perayaan," katanya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
"Buat masa sekarang kita tiada hasrat mansuhkan tol terbabit kerana kena faham kita memerlukan…