Kereta baharu lebih berisiko terdedah kepada ancaman serangan siber massa

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin pernah melihat atau menonton paparan gambar utama yang kami gunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, ia merupakan salah sebuah babak yang digunakan di dalam filem The Fate of The Furious (Fast 8) di mana ribuan kereta digodam demi menghentikan konvoi menteri negara luar. 

Rasa macam seakan fiksyen pula apabila kenderaan mampu digodam sebegitu rupa, namun secara realitinya, ia bukan perkara main-main.

 


Terbaharu, kumpulan advokasi pengguna memberikan amaran bahawa kenderaan yang dilengkapi dengan ciri mobiliti terhubung adalah berisiko terdedah kepada serangan penggodam. 

Menurut laporan baharu berjudul "Kill Switch: Why Connected Cars Can Be Killing Machines and How to Turn Them Off", kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu berkata, kerentanan ini mampu menyebabkan ribuan maut sekiranya berlaku serangan siber massa. 

Tidak menghairankan apabila kenderaan dengan ciri mobiliti terhubung sudah menjadi satu kelaziman masa kini, memandangkan pengeluar kini berlumba-lumba untuk menawarkan produk pintar dalam bentuk kotak beroda empat. 

Tanpa sistem keselamatan yang memadai, sistem ini juga sebenarnya tiada mekanisme 'kill switch' yang mampu mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 
 


Menurut satu pemberi maklumat yang enggan diketahui namanya, penggodam kini mampu mengawal setiap aspek di dalam kenderaan daripada menghidupkan enjin, pendingin hawa sehinggalah kepada mengakses lokasi semasa kenderaan. 

Laporan tersebut memberikan cadangan supaya setiap kenderaan dibekalkan dengan suis khas bagi menghentikan sambungan internet kenderaan dan mengelakkan sistem kritikal kenderaan daripada disambungkan kepada jaringan infotainmen kenderaan. 

Wakil-wakil daripada pengeluar juga turut disertakan di dalam laporan tersebut, termasuklah GM, Toyota dan juga Ford, namun mereka tidak dapat dihubungi bagi memberikan komen berkenaan kes yang dibangkitkan ini. 

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…