Kereta Dominic Toretto untuk dilelong - Dodge Charger Maximus, satu unit sahaja, 2,250 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta yang dipandu oleh Dominic Toretto (Vin Diesel) ini membuat kemunculan rasmi pada penghujung filem Furious 7, di mana beliau dan Brian O'Conner lakonan mendiang Paul Walker 'berpisah' dalam satu adegan yang boleh membuatkan air mata mengalir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat para peminat tegar siri filem tidak masuk akal Fast & Furious ini, anda kini berpeluang untuk mendapatkan Dodge Charger Maximus pada acara Riyadh Auction pada 23 November ini. 

Kereta binaan one-off ini tidak menggunakan casis asal Dodge Charger, akan tetapi menggunakan casis kustom dari Scott Spock Racing yang dikatakan 400 peratus lebih tegar berbanding casis original. 
 


Penggunaan casis baharu ini juga turut menambah kelebaran Dodge Charger ini sehingga lima inci!

Kerja tangan yang diperlihatkan bada bahagian luaran Dodge Charger ini mengambil masa kira-kira 16,000 jam untuk disiapkan dan menariknya, ia tidak menampilkan layangan cat walau setitik pun.

Untuk menampakkan kerja logam yang diperbuat itu, pihak Scott Spock hanya melayangkan lapisan jernih kustom (clear coat) di bahagian luaran kereta ini. 
 


Mendiami ruang enjin, terdapat nadi Hemi V8 turbo berkembar berkapasiti 9.4 liter yang dibina oleh Tom Nelson dan mampu menghamburkan kuasa setinggi 2,250 hp.

Angka tersebut membolehkan Dodge Charger Maximus ini memecut sepantas 1.8 saat dari 0-96 km/j dan mampu mencecah 257 km/j dalam masa kira-kira lapan saat sahaja. 

Gila? 

Ya memang gila, kerana kereta ini sebenarnya sah digunakan di atas jalan raya!

 


Bagi mengendalikan kuasa yang sebesar itu, sistem suspensi kereta ini menggunakan coilover boleh laras sepenuhnya, sway bar boleh laras dan brek enam omboh yang mampu mencengkam cakera bersaiz 14 inci. 

Ruang dalaman pula menerima kemasan kulit dari Itali, karpet dari Jerman serta dilengkapkan dengan sistem penebat bunyi dan haba bagi memastikan pemandu dan penumpang selesa. 

Harga pula tidak diberitahu, namun yang pasti ia bukanlah untuk anda yang berkira-kira hendak beli set rim mahal-mahal daripada membeli kerusi kanak-kanak yang terbaik. 

 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Sebuah trailer filem terbaharu telah dimuat naik menerusi saluran YouTube The Fast Saga, di mana ia…
Berita Global
Poster teaser filem tersebut mendedahkan suatu cerita baharu yang akan menjadi permulaan kepada…
Gaya Hidup
Set lego Teschnic Dodge Charger yang berskala 1:3 ini terdiri daripada 1,077 keping Lego dan…