Kereta jenazah boleh tuntut pengecualian cukai jalan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, kementerian pengangkutan telah mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU).


KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Sebelum ini tular sekali lagi mengenai pengecualian cukai LKM untuk golongan kurang upaya (OKU), namun tahukah anda ? Beberapa pertubuhan atau syarikat juga layak untuk memohon pengecualian tersebut.

Seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berikut merupakan pertubuhan atau syarikat yang layak memohon pengecualian cukai LKM:

  • Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat secara rasmi
  • Pertubuhan yang mempunyai perhubungan rapat dengan kepentingan Kerajaan
  • Pertubuhan keagamaan
  • Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti di ladang-ladang
  • Pertubuhan keagamaan / kebajikan yang memiliki kenderaan mayat
  • Perpustakaan Awam Kebangsaan / Negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak

Bagi mereka yang layak, terdapat beberapa dokumen yang perlu dikemukakan untuk memohon, antaranya ialah:

  1. Dua Borang JPJ K14  Borang JPJ K14 (80.6 kB)
  2. Satu salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bagi tiap-tiap kenderaan yang dipohon untuk pengecualian / pengurangan bayaran
  3. Satu salinan Perakuan Perlembagaan dan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan.
  4. Tiga keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang dan sisi kenderaan; dan
  5. Satu salinan perjanjian bertulis di antara pemohon dengan Kerajaan Malaysia bagi pertubuhan antarabangsa (jika berkenaan).

 

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
"Kami faham isu lesen kenderaan dan LKM digital tetapi sampai geran kenderaan pun tak dapat dicetak…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan rakyat Malaysia, menurut…
Berita Domestik
"Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi…