Kereta kuning juara carta susut nilai rendah, elakkan warna emas!

oleh Mohamad Hanif|
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman iSeeCars telah menjalankan beberapa kajian berhubung kaitan warna dengan kadar susut nilai sesebuah kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun ini, iSeeCars telah mengumpulkan data daripada lebih 1.6 juta kenderaan berusia tiga tahun dan mendapati purata kadar susut nilai meningkat kepada 22.5 peratus, berbanding 15 peratus pada kajian terdahulu.

Namun begitu, tidak mengejutkan apabila kereta berwarna kuning masih lagi menjuarai carta kadar susut nilai yang paling rendah, iaitu 13.5 peratus sahaja, diikuti oleh warna beige (17.8 peratus) dan warna jingga (18.5 peratus).
 

grauy


Sementara warna yang menyebabkan kadar susut nilai yang tinggi untuk tempoh tiga tahun terdiri daripada warna emas, iaitu 25.9 peratus, diikuti warna hitam (23.9 peratus) dan warna kelabu (22.5 peratus).

Merujuk kepada data spesifik segmen, warna kuning menjadi pilihan utama untuk kenderaan seperti SUV, convertible dan coupe, sementara warna beige pula menguasai segmen trak pikap.

Sedan pula nyata popular dengan warna perang, sementara pemilik minivan pula lebih selesa dengan warna hijau.
 

sienna


Secara purata, sebuah coupe berwarna kuning hanya mengalami susut nilai 5.6 peratus daripada nilai keseluruhan dalam tempoh tiga tahun.

Dengan kadar susut nilai tertinggi (36 peratus), nampaknya para pembeli minivan berwarna perak perlu memikirkan semula pilihan warna untuk pembelian seterusnya.

Sumber: iSeeCars

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk kajian terbaharu, mereka mendapati warna kuning sekali lagi mendominasi sebagai warna yang…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh iSeeCars, warna kuning didapati menyumbang kepada…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu daripada iSeeCars, jenama yang sinonim dengan ketahanan dan…