Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares dalam mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan di kalangan pemilik dan pelanggan VW.
Sehingga kini, terdapat 17 buah pusat pengedar dan satu rakan servis di lokasi strategik di seluruh negara.
14 daripadanya merupakan pusat 4S (penjualan, servis, alat ganti, pusat badan dan cat), tiga merupakan pusat 3S (penjualan, servis dan alat ganti), dan hanya satu yang merupakan pusat 2S (servis dan alat ganti).
Kesemua kumpulan pengedar dilengkapi dengan fasiliti dan kepakaran untuk mengendalikan perkhidmatan pembaikan badan dan cat.
Selain itu, VPCM turut berterusan bekerjasama dengan rakan pengedar untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menawarkan servis bertaraf professional, dan usaha itu dibuktikan menerusi penarafan yang diberikan oleh pelanggan menerusi Car.Advisor.
Sehingga April 2022, VPCM mendapat penarafan purata 4.93/5 bintang untuk pengalaman jualan, dan 4.76/5 untuk perkhidmatan selepas jualan.