Manakan tidak, ia juga turut menyumbang kepada penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini.
Jika anda masih mahukan sebuah Lamborghini Urus namun dalam bentuk yang lebih praktikal dan harga yang lebih munasabah, masih terdapat caranya.
Sebuah firma talaan Albermo yang berpangkalan di Yamaguchi Prefecture, Jepun telah hadir dengan solusi kit badan yang menyerupai Lamborghini Urus untuk SUV Toyota RAV4 generasi terkini.
Penawaran kit ini merangkumi bumper hadapan dengan logo penala yang mengekalkan bentuk lampu utama RAV4, serta slot penderia yang digunakan pada Toyota Safety Sense.
Kos bumper itu sahaja berharga sekitar 138 ribu yen (RM5,590), dan Albermo juga turut menawarkan spoiler bumbung, skirt sisi dan lower apron dengan kos keseluruhan kit badan ini bernilai 240 ribu yen (RM9.7 ribu).