Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan dengan ciri-ciri sukan permotoran khusus buat para peminatnya.
MUGEN bukan sahaja terlibat dalam pembuatan dan penjualan alat ganti untuk Honda, ia juga terlibat dengan pelbagai sukan permotoran termasuk F1, Isle of Man TT dan perlumbaan peringkat teratas di Jepun sebagai pasukan perlumbaan profesional.
ECB-40MU datang dengan empat skema warna MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas merentasi muka dial berwarna hitam, bucu jarum berwarna merah, tiga warna fon pada dial kecil, serta logo MUGEN pada posisi jam tiga.
Ia turut menampilkan binaan badan resin bertetulang gentian karbon yang ringan, dengan reka bentuk rangka yang diilhamkan oleh suspensi double wishbone yang digunakan dalam kereta lumba.
Tali jam pula diperbuat daripada Alcantara, di mana ia merupakan bahan yang kebiasaannya digunakan pada dalaman kereta sport untuk ketahanan dan keselesaan lebih baik.
Selain ciri-ciri sukan permotoran, ECB-40MU juga memiliki fungsi jam randik, pelarasan waktu automatik, waktu dunia (300 bandar), kalis air 10-bar, sokongan sambungan kepada peranti pintar (Bluetooth), serta sistem pencahayaan LED automatik Super Illuminator.
Harga bagi jam tangan Casio EDIFICE ECB-40MU ditawarkan pada harga RM1,749, di mana stok pra-tempah sudah habis dijual. Ia akan turut tersedia di semua kedai rasmi Casio bermula 22 September 2023.