Koleksi pakaian untuk penunggang basikal dari PETRONAS SRT - harga serendah RM115

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Sepang Racing Team dengan bangganya memperkenalkan penawaran pakaian khas untuk penunggang basikal dengan kerjasama pengeluar pakaian perlumbaan berpusat di UK, Nopinz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam kuantiti terhad 100 helai sahaja, setiap satu barangan tersebut dibuat secara kustom berdasarkan tempahan yang selalu dibuat oleh penunggang professional atau amatur.

Koleksi tersebut terdiri daripada jersi perlumbaan atau klasik, bib shorts dan stokin di mana ia boleh dibeli dalam bentuk satu set atau pembelian secara berasingan.
 

Nopinz


Pakaian khas untuk penunggang basikal PSRT Nopinz ini merupakan pelengkap kepada kit Rudy Project Cycling Kit yang telah dilancarkan pada awal tahun yang lalu. Harga jualan bermula dari £19.99 (RM114.75).

Menurut Datuk Razlan Razali selaku Prinsipal Pasukan Petronas SRT, "berbasikal merupakan salah satu elemen utama di dalam latihan kecergasan yang dilakukan oleh kebanyakan pelumba MotoGP, serta peminat sukan MotoGP khususnya.
 

Noipinz


"Nopinz menawarkan kepada kami peluang terbaik untuk melancarkan koleksi edisi khas, dan saya antara orang yang terawal untuk mendapatkan set terhad ini!"

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt…
MotorGP
Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu…