Konflik Rusia-Ukraine: Pengeluar tayar henti sementara operasi

oleh SALINA JALIL|
Krisis Ukraine mendorong pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin Group menghentikan pengeluaran di beberapa kilang di Eropah untuk beberapa hari dalam beberapa minggu akan datang.


Pengeluar tayar berpangkalan di Perancis itu berkata, berikutan krisis di Ukraine, seperti banyak kumpulan perindustrian lain di Eropah, ia mengakui menghadapi masalah logistik dan pengangkutan utama dalam pembekalan kilangnya dan menghantar kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berdasarkan kekangan itu, bagi 'mengoptimumkan operasi dan menyesuaikan pengurusan aliran', Michelin memutuskan untuk menghentikan pengeluaran di beberapa kilang Eropahnya selama beberapa hari dalam minggu-minggu akan datang.

 

Katanya, setiap tapak akan menentukan tempoh dan pelaksanaan tertentu.

 

Michelin menegaskan ia akan cuba mengehadkan kesan kepada pelanggannya dan merancang untuk melaksanakan langkah yang sesuai untuk pekerja, mengikut peraturan tempatan, demikian mengikut laporan irjournal.com.

 

Secara berasingan, kumpulan itu berkata, pasukan Michelin Guide telah memutuskan untuk menggantung semua aktiviti pengesyoran restoran di Rusia, memandangkan teruknya krisis semasa.

 

Pemilihan Moscow tidak akan dikemas kini tahun ini dan projek pembangunan Michelin Guide di Rusia telah ditangguhkan buat masa ini, dengan penerbitan mengenai restoran pilihan Moscow di rangkaian sosial, laman web dan aplikasi kumpulan itu juga telah ditangguhkan.

Kumpulan yang beribu pejabat di Clermont-Ferrand menekankan bahawa ia melakukan segala yang mungkin untuk menyokong pekerja yang terjejas sambil menyokong inisiatif tempatan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…