Bermula 1 Mac hingga 30 April 2022, pemegang kad BonusLink akan menerima baucar Shell bernilai RM5 untuk setiap 100 poin yang dikumpul.
Untuk mendapatkan 100 poin BonusLink, pelanggan Shell hanya perlu membuat pengisian bahan api (petrol/diesel), membeli kudapan di Shell Select atau pastri di Deli2Go beserta minuman Costa Coffee.
Baucar RM5 akan diperoleh menerusi aplikasi BLINK setiap kali pengguna berjaya mengumpulkan 100 mata ganjaran setiap bulan.
Pengguna yang mendaftar buat kali pertama pula akan mendapat baucar Shell bernilai RM4, serta ekstra mata ganjaran 100 poin untuk setiap rujukan yang dibuat.