Kumpulan VW bakal lancar 4 model SUV di India

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Volkswagen nampaknya benar-benar mahu mencuri peluang di India.

Negara dengan jumlah penduduk kedua tertinggi di dunia (1.37 bilion dalam tahun 2019) itu dilihat sebagai satu pasaran baharu yang bakal mengukuh dan banyak pemain automotif semakin mengkaji kekuatan India dalam industri tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan laman web GaadiWaadi.com, Volkswagen Passenger Cars India bakal melancarkan empat SUV baharu di sana, termasuk dari jenama Skoda. Model-model tersebut ialah:

  • VW T-Roc
  • VW Tiguan 2021
  • VW Tiguan AllSpace 2021
  • VW Taigun
  • Skoda Kushaq
  • Skoda Kodiaq (Facelift)

Kumpulan VW mensasarkan tiga peratus dari jualan keseluruhan kenderaan India.

Tahun 2019, India menjual sebanyak 3.4 juta unit kenderaan tetapi jumlah itu menurun kepada 2.77 juta unit tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

* Laporan penuh di GaadiWaadi.com

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…