Lagi isu skandal ujian keselamatan libatkan kereta Daihatsu, Perodua, Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu dalam satu kenyataan akan menangguhkan sementara penghantaran kenderaan selepas siasatan skandal penipuan menemukan masalah melibatkan 64 buah kenderaan, menurut laporan Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Panel penyiasat bebas telah menjalankan siasatan terhadap Daihatsu selepas pengeluar tersebut mengakui terdapat unsur penipuan terhadap ujian keselamatan kemalangan bagi 88,000 kereta kecil April yang lalu, kebanyakannya dijual dibawah Toyota.
 

veloz


Pendedahan terbaharu ini dilihat mampu mencalarkan imej pengeluar yang selama ini terkenal kerana kualiti dan keselamatan kenderaan yang dihasilkan.

Toyota dalam satu kenyataan menjelaskan, pembaharuan asas adalah diperlukan untuk ‘menghidupkan’ semula jenama Daihatsu.

“Ini akan menjadi satu tugas yang sangat penting yang sukar untuk dicapai dalam sekelip mata. Ia memerlukan bukan sahaja semakan pengurusan dan operasi perniagaan, malah juga semakan terhadap organisasi dan struktur.”
 

daihatsu


Menurut Toyota, antara model yang terjejas termasuklah model yang dikhususkan untuk pasaran Asia Tenggara termasuklah Thailand, Indonesia, Malaysia, Kemboja, dan Vietnam, diikuti negara-negara di Amerika Selatan.

Berdasarkan dokumen yang dimuat naik oleh Daihatsu, terdapat beberapa buah model Perodua yang turut disenaraikan termasuklah Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Alza generasi kedua, Aruz, Ativa, Bezza dan juga Myvi.

Sementara model Toyota untuk pasaran Malaysia yang terjejas ialah Toyota Rush, Vios, Veloz dan Yaris.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…