Lagi kes pandu lawan arus, pemandu tersalah masuk bulatan di Alam Impian

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kereta jenis Toyota Prius dikesan memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Alam Impian menuju ke Batu 4 Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut siaran media Ketua Polis Daerah Shah Alam, Toyota Prius yang dipandu oleh lelaki berusia 74 tahun itu dikatakan dipandu dalam keadaan melawan arus apabila pemandu telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua Persiaran Tun Teja.

Tiada kemalangan dilaporkan, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987 memandu dengan melulu atau berbahaya.

Siasatan awal mendapati pemandu kereta tersebut disahkan negatif dadah. Pemandu tersebut telah ditahan dan ditangkap untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli bin Razak di talian 0194475767.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk…
Berita Domestik
Hukuman tersebut dikenakan setelah suspek mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Jalan Duta di bawah…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28…