Laluan LRT Kelana Jaya dijangka capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) telah memulakan operasi pada September 2023.

"Baki 16 tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024 di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27)," menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Isnin.

Bagi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang pula, MOT memaklumkan penggantian roda tren sedang dilaksanakan dan kekerapan tren pada waktu puncak disasar akan bertambah baik dari enam minit kepada empat minit pada hujung Januari 2024.

Selain itu, kementerian memaklumkan Prasarana sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang termasuk program khas bagi membaik pulih komponen tren yang kerap mengalami masalah.

"(Antara masalah itu) penukaran tayar tren dan aktiviti penyelenggaraan yang berfokuskan kepada punca kegagalan tren semasa operasi untuk meningkatkan ketersediaan tren," menurut MOT.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…