Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup

oleh SALINA JALIL|
Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) Seksyen 43.9, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku jalan runtuh akibat kegagalan cerun pada Sabtu.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuatkuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kejadian jalan tersebut berpunca daripada cerun runtuh kemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.


"Kawasan terlibat sepanjang 30 meter dan lebar dari aras jalan runtuh dianggarkan 4.5 meter.

 

Status jalan ditutup pada semua jenis kenderaan," katanya.

 

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Ringlet untuk jalan perhubungan sementara.

 

Katanya, pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan oleh JKR dan pihak konsesi jalan persekutuan tersebut.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…