Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata berikutan jumlah jualan yang meningkat pada 2019, ia jelas menunjukkan bahawa kecekapan pemprosesan tukar beli kereta pelanggan adalah kunci untuk mengekalkan kadar pertumbuhan.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata sehubungan itu, Proton mewujudkan bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) untuk membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baharu.
"Semua pengedar perlu memenuhi beberapa syarat dan bersetuju mengambil langkah yang diperlukan untuk menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.